Sep 11, 2010

CSG Bongga!! @ Pesta Belia Keuskupan Kota Kinabalu Ke-11

Guru yang baik, apa yang harus kami perbuat untuk memperoleh kehidupan kekal? (Markus 10:17)

6-9 September 2010 merupakan tarikh yang amat bermakna bagi seluruh Keuskupan Agung Kota Kinabalu kerana Pesta Belia Keuskupan Kota Kinabalu Ke-11 (PBK-11) sekali lagi dianjurkan di Paroki Katedral Hati Kudus, Kota Kinabalu. Pada kali ini, CSG-Untuk Melayani Sesama tidak melepaskan peluang untuk bergabung dengan seluruh kampus kawasan Kota Kinabalu untuk menyertai PBK-11 ini. Kira-kira 793 orang peserta dari seluruh Keuskupan Agung Kota Kinabalu, Keuskupan Keningau dan Sandakan termasuk 73 orang dari kontinjen CSG telah menyertai PBK-11 ini.
Gift Of Life

Sesi Animasi

Misa Kudus
Malam Tematik
Youth Walk

Vigil Belia

Walk The Talk

Kontinjen CSG menandatangani Deklarasi Belia PBK-11


Ada lagi aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan seperti sesi Pujian Pagi, Katekesis dan banyak lagi tetapi tidak disertakan dengan gambar seperti di atas.
Sila senyap!!
Kontinjen CSG dengan sepanduknya

Pada PBK-11 kali ini, CSG tidak hanya sekadar mengikuti program, CSG juga telah menyumbang tenaga dalam beberapa sesi. Antaranya adalah menjadi 'greeters' kepada para peserta yang baru tiba dari paroki lain, dan juga sebagai penyelia bagi sesi Youth Walk.

Kehadiran Uskup Agung Datuk John Lee menyemarakan lagi semangat para belia yang hadir

Namun apa yang menarik dalam PBK-11 kali ini, seluruh ahli kontinjen CSG menunjukkan kesatuan dan semangat yang padu untuk menjadi sebahagian daripada kejayaan PBK-11 ini. Macam Aaron (DJ PBK-11) bilang, "CSG Bongga", "kamu kan bongga...".
Apa-apa pun, semoga semangat untuk menghidupi panggilan Tuhan tidak terhenti setakat di PBK-11 sahaja, namun untuk masa yang akan datang juga....

CSG BONGGA!!!

2 comments:

Harold said...

Congrats to all of you dan terima kasih kerana menyumbang masa dan tenaga kamu sampai PBK kali ke 11 ini menjadi satu kejayaan besar yang Tuhan amat banggakan.. Keep up the CSG good work! CSG paling manang la!!

Graxieparadise-ejm said...

Yessssss........ it really helps...................

Please Follow Us :)

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international voip calls