Nov 29, 2009

Belia Masuk Kampung Ke-10 2009

Dengan tema 'Dari Injil itu aku telah menjadi pelayanNya menurut pemberian kasih karunia Allah' (Efesus 3:7), program Belia Masuk Kampung kali ke 10 anjuran CSG-UMS telah dengan jayanya dijalankan di Kg. Linsuk, Tenghilan Sabah. Program ini juga memberi peluang kepada para siswa siswi untuk mendalami dan merasai kehidupan masyarakat luar bandar, dan secara langsung mendalami iman mereka serta memahami Visi atau Misi CSG-UMS dengan memberi layanan kepada masyarakat dan di antara sesama.
Dari 21-28 November 2009, para peserta telah melalui pelbagai pengalaman yang berguna bermula dari CSG Centre KK sehinggalah di Kg. Linsuk. 21-23 November 2009 memperlihatkan program persiapan rohani yang dijalankan di CSG Centre. Para peserta dapat mendalami apakah matlamat sebenar program seperti ini diadakan dan mendalami firman-firman Tuhan melalui pelbagai sesi yang telah dilaksanakan di samping berkenal-kenalan dengan sesama peserta yang lama mahupun yang baru. Antara sesi-sesi yang telah diadakan adalah ice breaking, sesi JERIS, cabutan guardian angel, menghidupi firman Tuhan, doa rosari st. Micheal, doa taize dan banyak lagi. Pada pagi 23 November, para peserta telah berangkat ke Kg. Linsuk. Sebelum sampai ke destinasi, para peserta telah membuat lawatan ringkas ke gereja St. John, Tuaran. Para peserta tiba di Kg. Linsuk pada jam 10 pagi dengan disambut oleh penduduk serta belia kampung tersebut.
Apa yang menarik dalam program ini adalah program homestay bersama keluarga angkat di mana para peserta berpeluang menikmati kehidupan di kampung bersama keluarga angkat. Menanam padi, membersihkan rumah, menangkap ikan, menoreh getah, aktiviti bersama belia kampung, mandi sungai dan ke tamu di Pekan Tenghilan merupakan antara aktiviti yang telah dilalui oleh para peserta. Untuk mendalami pemahaman diri peserta tentang ilmu rohaniah, satu sesi theological reflection telah diadakan pada 27 November diikuti oleh soal selidik PEST dan SWOT. Pada malam tersebut, Family Night BMK diadakan di Dewan Muhibbah di mana pelbagai aktiviti telah diadakan seperti makan malam, persembahan peserta dan pujian dan sembah. BMK berakhir pada 28 November 2009 dengan aktiviti reveal Guardian Angel dan Misa Kudus. Diharap program seperti ini dapat memberikan impak yang besar kepada peserta seiring dengan pengalaman yang mereka perolehi untuk terus menghidupi firman Tuhan, seterusnya untuk melayani sesama umat seiman.

BMK-10 dalam gambar (Klik di sini)


'UNTUK MELAYANI SESAMA'

1 comments:

GRaXie Paradise said...

Memang best.... sia suka butul o......... o man..... please.... huhuhuhuhu AMEN!!!!

Please Follow Us :)

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international voip calls