Feb 19, 2009

Kebebasan Beragama di Malaysia melalui Perlembagaan Malaysia.

Cuba anda nilai post blog sebelum post ini. Berkaitan dengan Sharing dari Saudari Geraldine..Cuba kaitkan... dan sila lah beri pandangan.....

Perkara 8 dalam Perlembagaan Malaysia


1) Semua Orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi-undang-undang.

2) Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang .....( rajinkan la diri membaca Perlembagaan Malaysia)


Perkara 10 dalam Perlembagaan Malaysia.
Kebebasan bercakap , berhimpun dan berpersatuan.
1)a) Tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara
b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata.
c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.

(yang lain baca sendiri)

Perkara 11 dalam Perlembagaan Malaysia
1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakhluk kepada fasal(4) mengembangkannya.
2) Tiada seorangpun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri.
3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak
a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri
b) menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau
khairat; dan
c) memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut
undang-undang.
4) Undang-undang negeri berkenaan dengan wilayah -wilayah persekutuan Kuala Lumpur , Labuan dan Putrajaya , undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam , kesihatan awam atau prinsip moral.

Renungkan dan pikirkanlah....

2 comments:

Valsonz said...

Hmm... apa mcm...
skng agama pun jadi agenda politik..

mo tnjuk kuasa pastu libatkan agama..
siot... huhu..

habis omment..

katolik said...

Benarkah umat manusia bebas beragama? Pernahkah Yesus mengajar bahawa manusia bebas untuk memilih allah mereka?

http://katolik.wordpress.com/
http://sabahanexperience.blogspot.com/

Please Follow Us :)

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international voip calls