Dec 22, 2009

Christmas Greetings!!


Joyous and blessed Christmas to all of you, from all CSG-UMS members, and a happy New Year 2010!!

Dec 20, 2009

Adven 3 : Yusuf & Kisah Natal

Oleh : Rev. Fr. Ron Rolheiser
Sumber : Herald Malaysia Online, 17 Disember 2009

Terdapat ramai individu, basilika, Gereja, tugu peringatan, seminari, konven malah pekan dan bandar yang dinamakan Santo Yusuf. Malah, negara kelahiran saya Kanada turut menamakan beliau sebagai santo pelindung.

Siapa sebenarnya Yusuf? Beliau merupakah tokoh terkemuka di dalam kisah Natal sebagai suami kepada Maria dan bapa tiri kepada Yesus namun selepas itu, tidak disebut lagi di dalam Injil. Gambaran kudus mengenainya ialah beliau seorang yang matang, pelindung kepada Maria, seorang tukang kayu, suci, murni, merendahkan diri, pendiam, pelindung paling sempurna untuk para buruh, tidak menguar-uarkan kebaikannya dan mewujudkan semangat kerendahan diri.

Namun apakah yang benar-benar kita tahu mengenai beliau?

Di dalam Injil Matius, pengumuman Maria yang hamil lebih ditekankan kepada Yusuf berbanding Maria. Sebelum mereka menjadi suami isteri, Maria didapati mengandung oleh Roh Kudus. Yusuf, si suami yang “lurus”, tidak mahu memalukan Maria dan bercadang untuk menceraikan Maria secara rahsia. Kemudian, malaikat menjelma di dalam mimpi Yusuf dan memintanya agar jangan takut mengambil Maria sebagai isterinya, kerana Anak tersebut adalah dikandung melalui Roh Kudus.

Apa yang dapat kita pelajari melalui petikan Injil ini? Sebahagian kisah ini adalah simbolik. Yusuf dan cerita Natal mengimbas kembali kisah di dalam Kitab Keluaran dan Yusuf di dalam Perjanjian Lama.

Yusuf di dalam Perjanjian Lama juga mempunyai mimpi, pergi ke Mesir dan menyelamatkan keluarganya. Demikian juga, Raja Herodes dan Raja Mesir (di dalam Kitab Keluaran) yang keduaduanya berasa terancam dengan kedudukan mereka dan membunuh anak lelaki kaum Ibrani namun Tuhan telah melindungi nyawa seorang anak lelaki yang akan menyelamatkan orang-orangnya.

Si Pengarang di dalam penceritaan Yusuf semasa Natal mempunyai sejarah beliau tersendiri. Beliau memperlihatkan Yusuf sebagai lelaki yang “lurus”, gelaran yang diberikan oleh para sarjana kerana memenuhi sifat-sifat Undangundang Tuhan yang mencapai tahap kekudusan tertinggi di dalam agama Yahudi.

Dari setiap sudut, beliau merupakan seorang yang tidak mempunyai kesalahan iaitu satu paradigma kebaikan di mana sifat ini terlihat apabila beliau tidak mahu memalukan Maria, sebaliknya bercadang untuk menceraikannya secara diam-diam. Apa sebenarnya yang tersirat di sini?

Melalui latarbelakang perhubungan Maria dan Yusuf, kita boleh menyusun semula peristiwa ini seperti berikut: Di dalam adat perkahwinan pada masa tersebut, seorang gadis yang telah mencapai kedewasaan, akan ditunangkan dengan seorang lelaki yang biasanya beberapa tahun lebih tua daripadanya, di dalam satu perkahwinan yang diatur oleh ibu bapa mereka. Secara teknikalnya mereka berkahwin namun tidak akan tinggal bersama atau melakukan hubungan seksual selama beberapa tahun.

Undang-undang Yahudi amat tegas terutamanya terhadap pasangan yang harus bujang semasa tempoh bertunang. Pada masa ini, gadis tersebut akan terus tinggal dengan ibubapanya dan lelaki pula akan membina rumah serta mencari pekerjaan agar dapat menampung isterinya sebaik sahaja mereka tinggal bersama.

Pada tahap perhubungan mereka, Yusuf dan Maria mempunyai perkahwinan yang sah tetapi belum tinggal bersama, dan ketika itu Maria telah hamil. Yusuf mengetahui hal ini, mengetahui bahawa Anak tersebut bukan anak kandungnya dan berada dalam keadaaan dilema. Mungkin beliau memikirkan, sekiranya beliau bukan bapa kepada Anak itu, siapakah bapa-Nya?

Untuk menyelamatkan re putasinya, beliau boleh menyoal siasat Maria di hadapan umum malah boleh menuduh Maria berzina dan ini membawa hukuman maut kepadanya.

Walau bagaimanapun, beliau bercadang untuk “menceraikannya secara diam-diam” iaitu mengelakkan proses soal-jawab di hadapan umum di mana boleh mengakibatkan Maria menghadapi situasi serba salah dan terdedah dengan bahaya.

Kemudian, selepas menerima wahyu dalam mimpinya, Yusuf bersetuju untuk memperisterikan Maria dan menganggap Anak tersebut sebagai anak sendiri.

Kita memahami sebahagian daripada kisah ini bahawa beliau menyelamatkan Maria daripada keaiban, menamakan Anak tersebut sebagai anaknya, menyediakan tempat secara fizikal, sosial dan keagamaan bagi Anak tersebut untuk lahir serta dibesarkan.

Namun, apa yang dilakukan oleh Yusuf seterusnya tidak sebegitu jelas. Meskipun begitu, beliau memperlihatkan bagaimana seorang individu boleh memiliki kepercayaan yang kudus, iman yang mendalam terhadap segalanya tanpa menyingkirkan tradisi keagamaannya. Pada waktu yang sama, membukakan hati kepada misteri yang sukar difahami oleh manusia dan agama.

Inilah sebenarnya masalah bagi ramai umat Kristian, termasuklah pengarang Injil Matius sendiri semasa menulis.

Semasa Injil ditulis, mereka merupakan orang-orang kudus Yahudi yang tidak tahu bagaimana mengaitkan Kristus di dalam bentuk kerja agama mereka.

Namun, apakah yang akan dilakukan oleh seseorang apabila Tuhan memasuki ke dalam hidupnya di dalam cara yang tidak dijangka dan tidak pernah berlaku sebelum ini?

Bagaimana seseorang dapat berhadapan dengan kehamilan yang mustahil? Raymond Brown pernah menyatakan, “Wira kepada kisah kelahiran Yesus di dalam Matius ialah Yusuf, seorang pengamal Undang-Undang yang sangat sensitif ... Di dalam Yusuf, penginjil tersebut memberi gambaran apa yang seharusnya difik irkan oleh seorang Yahudi (seorang pengamal agama yang kudus), apakah yang harus dilakukan dan mungkin pengarang Injil tersebut juga sedang memikirkan, siapakah dia yang sebenarnya.

Amat penting sekali untuk mengingati bahawa Yusuf mengajar kita bagaimana untuk hidup mengasihi dengan setia di dalam semua yang kita hadapi secara manusia dan agama, malah beliau membimbing kita untuk membukakan hati kepada misteri Tuhan yang sukar difahami dari sudut amalan agama dan imaginasi. Bukankah ini salah satu cabaran berterusan Natal kita?

Dec 13, 2009

Adven 2 : On the way to Bethlehem


On the Way to Bethlehem

by Ben Husted


Mary and Joseph went a long way

Then ended up sleeping on hay.

they must have traveled many a day;

I wonder, how long did they stay?

Tell me, what did they wear on their feet,

And what did they use for a seat?

On the road, tell me, what did they eat?

Was it bread, or was there meat?

No lamb, no turkey, no beef for them

On the long road to Bethlehem.

So tonight we eat just bread with them.

Some nuts, cheese and grapes on a stem.


Dec 7, 2009

Adven 1: Berjaga jaga dalam doa

Oleh : Rev. Fr. Boniface Kimsin (Holy Cross Tambunan, Sabah), November 26, 2009
Sumber : HERALD Malaysia Online (Link)

Adven bererti ‘kedatangan’ atau ‘akan datang’. Dalam masa Adven ini, kita diajak oleh Gereja untuk mempersiapkan diri menunggu kedatangan Kristus kali kedua pada akhir zaman serta menyambut hari kelahiran Kristus iaitu kedatangan-Nya yang pertama.

Sabda Tuhan hari ini mengajak kita supaya sentiasa berjaga-jaga di dalam doa sebab Tuhan akan datang secara tiba-tiba. Dalam pengalaman hidup kita, menunggu ketibaan orang yang selalu tiba lewat merupakan suatu perkara yang tidak kita senangi dan membosankan.

Ketika ada kematian dalam sebuah keluarga, sudah menjadi adat istiadat tempatan kita untuk berjaga pada waktu malam sehingga hari pengkebumian. Untuk mengelakkan dari tertidur, ramai orang bermain judi dan ada yang minum minuman keras hingga mabuk.

Perkara ini membawa keburukan dan memalukan umat Kristian. Sebenarnya tujuan utama berjagajaga tersebut harus diisi dengan doa-doa bagi roh saudara atau saudari yang dipanggil Tuhan serta mendoakan keluarga arwah yang masih hidup. Masa berjaga-jaga ini bukanlah tempoh untuk bersenanglenang, berjudi atau minum arak hingga mabuk.

Amat penting untuk berjaga-jaga di dalam doa sambil menunggu kedatangan Tuhan Yesus kali kedua pada akhir zaman. Ini adalah kerana, tidak ada seorang pun yang tahu, bilakah Tuhan Yesus akan kembali.

Berjaga-jaga di dalam doa itu bukan bererti berdiam diri dan berdoa sahaja tanpa berbuat apaapa. Doa kita seharusnya diiringi dengan tindakan konkrit, aktiviti dan perbuatan yang aktif untuk menghadirkan kerajaan Tuhan di dalam keluarga dan masyarakat. Kita juga harus aktif di dalam pelayanan menggereja.

Sebagai orang Kristian kita percaya bahawa keselamatan yang dijanjikan Tuhan telah pun digenapi melalui kedatangan Kristus ke dunia seperti yang dinubuatkan oleh nabi Yeremia dalam pembacaan pertama.

Kelahiran dan kehadiran Kristus di dalam dunia telah membawa sukacita, pengharapan, kebenaran dan keadilan kepada umat Tuhan dan seluruh bangsa manusia. Namun demikian kesempurnaan keselamatan akan terlaksana pada kedatangan Kristus yang kedua kali pada akhir zaman.

Di dalam pembacaan Injil hari ini,Yesus menyatakan dengan jelas mengenai kedatangan akhir zaman. Pada waktu itu,Tuhan Yesus Kristus akan datang kembali dengan kekuasaan dan kemuliaan-Nya untuk mengadili semua orang yang hidup dan mati. Kedatangan-Nya disertai dengan tanda-tanda yang menakutkan.

Sebagai umat beriman kita se patutnya tidak harus takut menghadapi tanda-tanda yang menakutkan itu. Kita harus menghadapinya dengan penuh keyakinan dan harapan akan cinta kasih dan belas kasihan Tuhan kepada kita.

Apa yang patut kita lakukan ialah sentiasa berwaspada dan tidak leka di dalam doa, melaksanakan perintah-perintah-Nya dan kehendak Tuhan di dalam hidup setiap hari dengan setia.

Mereka yang masih tertidur imannya kerana sentiasa dalam kemabukan dan hidup dalam pesta pora haruslah sedar dan bangunlah dari tidurnya dan usahakanlah hidup dalam pertaubatan.

Sebab akhir zaman akan datang kepada kita secara tiba-tiba pada masa dan hari di mana tidak ada seorang yang tahu. Melalui berjaga- jaga sambil berdoa kita akan mendapat kekuatan dari Tuhan dan bertahan di dalam iman dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan di dalam dunia ini. Rasul Paulus di dalam pembacaan kedua menasihati kita supaya mengusahakan kekudusan hidup dan pertaubatan di dunia ini sementara menunggu kedatangan Tuhan. Sebagai umat Kristian, keutamaan di dalam hidup kita ialah melakukan kehendak Tuhan di dalam di dalam urusan harian kita.

Perkara-perkara yang kita lakukan di dalam hidup ini haruslah diperkenankan oleh Tuhan sekiranya kita ingin menikmati kehidupan kekal di syurga. Kita mestilah sentiasa mengingati akan kedatangan Tuhan Yesus yang tidak diketahui sambil taat berdoa, serta menghayati sabda Tuhan setiap hari agar iman kita menjadi teguh dan mantap dalam menghadapi segala percubaan duniawi.

Orang yang tidak berdoa bererti dia tidak memerlukan Tuhan di dalam hidupnya. Tanpa kehadiran Tuhan di dalam hidup seseorang, sudah pasti seseorang itu akan melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan kehendak Tuhan.

Maka marilah kita menuruti nasihat Santo Paulus. Kita mohon Roh Kudus menguatkan dan membimbing kita sambil berjaga-jaga di dalam doa.

Nov 29, 2009

Belia Masuk Kampung Ke-10 2009

Dengan tema 'Dari Injil itu aku telah menjadi pelayanNya menurut pemberian kasih karunia Allah' (Efesus 3:7), program Belia Masuk Kampung kali ke 10 anjuran CSG-UMS telah dengan jayanya dijalankan di Kg. Linsuk, Tenghilan Sabah. Program ini juga memberi peluang kepada para siswa siswi untuk mendalami dan merasai kehidupan masyarakat luar bandar, dan secara langsung mendalami iman mereka serta memahami Visi atau Misi CSG-UMS dengan memberi layanan kepada masyarakat dan di antara sesama.
Dari 21-28 November 2009, para peserta telah melalui pelbagai pengalaman yang berguna bermula dari CSG Centre KK sehinggalah di Kg. Linsuk. 21-23 November 2009 memperlihatkan program persiapan rohani yang dijalankan di CSG Centre. Para peserta dapat mendalami apakah matlamat sebenar program seperti ini diadakan dan mendalami firman-firman Tuhan melalui pelbagai sesi yang telah dilaksanakan di samping berkenal-kenalan dengan sesama peserta yang lama mahupun yang baru. Antara sesi-sesi yang telah diadakan adalah ice breaking, sesi JERIS, cabutan guardian angel, menghidupi firman Tuhan, doa rosari st. Micheal, doa taize dan banyak lagi. Pada pagi 23 November, para peserta telah berangkat ke Kg. Linsuk. Sebelum sampai ke destinasi, para peserta telah membuat lawatan ringkas ke gereja St. John, Tuaran. Para peserta tiba di Kg. Linsuk pada jam 10 pagi dengan disambut oleh penduduk serta belia kampung tersebut.
Apa yang menarik dalam program ini adalah program homestay bersama keluarga angkat di mana para peserta berpeluang menikmati kehidupan di kampung bersama keluarga angkat. Menanam padi, membersihkan rumah, menangkap ikan, menoreh getah, aktiviti bersama belia kampung, mandi sungai dan ke tamu di Pekan Tenghilan merupakan antara aktiviti yang telah dilalui oleh para peserta. Untuk mendalami pemahaman diri peserta tentang ilmu rohaniah, satu sesi theological reflection telah diadakan pada 27 November diikuti oleh soal selidik PEST dan SWOT. Pada malam tersebut, Family Night BMK diadakan di Dewan Muhibbah di mana pelbagai aktiviti telah diadakan seperti makan malam, persembahan peserta dan pujian dan sembah. BMK berakhir pada 28 November 2009 dengan aktiviti reveal Guardian Angel dan Misa Kudus. Diharap program seperti ini dapat memberikan impak yang besar kepada peserta seiring dengan pengalaman yang mereka perolehi untuk terus menghidupi firman Tuhan, seterusnya untuk melayani sesama umat seiman.

BMK-10 dalam gambar (Klik di sini)


'UNTUK MELAYANI SESAMA'

Oct 27, 2009

A Precious Gift, ever....


A young man was getting ready to graduate college. For many months he had admired a beautiful sports car in a dealer's showroom, and knowing his father could well afford it, he told him that was all he wanted.

As Graduation Day approached, the young man awaited signs that his father had purchased the car. Finally, on the morning of his graduation his father called him into his private study. His father told him how proud he was to have such a fine son, and told him how much he loved him. He handed his son a beautiful wrapped gift box.

Curious, but somewhat disappointed the young man opened the box and found a lovely, leather-bound Bible. Angrily, he raised his voice at his father and said, "With all your money you give me a Bible?" and stormed out of the house, leaving the holy book.

Many years passed and the young man was very successful in business. He had a beautiful home and wonderful family, but realized his father was very old, and thought perhaps he should go to him. He had not seen him since that graduation day. Before he could make arrangements, he received a telegram telling him his father had passed away, and willed all of his possessions to his son. He needed to come home immediately and take care things. When he arrived at his father's house, sudden sadness and regret filled his heart.

He began to search his father's important papers and saw the still new Bible, just as he had left it years ago. With tears, he opened the Bible and began to turn the pages. As he read those words, a car key dropped from an envelope taped behind the Bible. It had a tag with the dealer's name, the same dealer who had the sports car he had desired. On the tag was the date of his graduation, and the words...PAID IN FULL.

How many times do we miss God's blessings because they are not packaged as we expected?

Jun 27, 2009

WELCOMING GATHERING 2009

Welcoming Gathering (WG) yang pada dahulunya dikenali sebagai Welcoming Junior Party (WJP) adalah satu program wajib yang diadakan pada setiap awal sesi pengajian. Di samping meraikan para pelajar baru, program ini adalah untuk memperkenalkan para junior tentang kehadiran persatuan Kristian Katolik di UMS. Di dalam program inilah juga para pelajar baru serta pelajar senior dapat berkumpul serta bersua antara satu sama yang lain.

Julung kalinya juga program ini dijalankan oleh CSG-UMS dengan kerjasama daripada Lifefire Ministry. WG ini diharapkan dapat menarik perhatian para junior dan senior untuk melayani Tuhan dalam satu pertubuhan serta memahami bahawa kita dipanggil oleh Tuhan untuk melayaniNya kerana Dia telah memilih kita.

Datanglah beramai-ramai...kita raikan kehadiran Yesus di dalam WG 09!!

May 12, 2009

Bagaimana Roh Kudus Bekerja

Bagaimanakah kita dapat mengetahui Roh Kudus bekerja di dalam kehidupan kita? Mengetahui kehadiranNya yang misteri amatlah mudah.

Cuba ingat pada waktu anda menentang kehendak sendiri dan melakukan sesuatu yang sukar untuk membantu orang lain. Anda mungkin melakukan perkara itu banyak kali setiap hari.

Santo Paulus berkata, "Pikul beban satu sama lain, dan dengan demikian kami melakukan kehendak Kristus" (Gal 6:2).

Dorongan naluri dalaman selalunya suara Roh Kudus di dalam kita.

Roh Kudus selalu ada untuk membantu kita melangkaui diri bagi menunaikan hukum kasih. Kita mungkin dapat ingat banyak kali apabila Roh Kudus memberanikan diri kita untuk bertindak berlandaskan iman melebihi kehendak diri, atau apabila kita tidak mengikuti kecenderungan peribadi untuk mencapai kebaikan yang lebih tinggi.
Melawat orang sakit contohnya, atau memberi makan kepada orang yang kelaparan, mendengar aduan seseorang tidak henti-henti dan yang kita kasihi, menjaga orang yang sakit : ini adalah amalan amalan suci yang membabitkan kasih karunia Roh Kudus yang bekerja di dalam kita.

Roh Kudus adalah kuasa di sebalik kasih dan kegembiraan di dalam dunia!

Peristiwa agung yang dicatatkan dalam Alkitab memberi gambaran kepada kita mengenai kenyataan bahawa Tuhan bekerja dengan cara cara yang misteri. Contohny, apabila abraham disuruh mengorbankan anaknya Issac kepada Tuhan, tindakan itu bercanggah sama sekali dengan kehendaknya, dan tidak difahaminya. Namun demikian Roh Kudus mendorongnya untuk mempercayai Tuhan tanpa mengira apa pun!

Apabila Abraham hendak menunaikan perintah, Tuhan melepaskannya daripada kewajiban yang sama sekali tidak disukainya, dan Issac pun selamat.
Abraham telah diuji dan didapati layak.

Kita kata peristiwa ini membayangi Yesus, yang memiliki kebencian semulajadi yang sama apabila memikirkan tentang kematian Yesus di kayu salib. Roh Kudus memperkasakanNya untuk berkata, "Bukan kehendakKu tetapi kehendakMu yang terjadi" (Lk 22:42). Yesus pasrah dan menaruh kepercayaan kepada Bapa. Lita diberitahu ia adalah sebagai penebusan bagi dosa kesombongan syaitan yang berkata, "Saya tidak akan melayani".
Selepas Yesus wafat, para rasul bimbang akan kehidupan mereka dan berkumpul dalam ketakutan. Mereka mahu lari dari kenyataan sebenar. Namun mereka diurapi Roh Kudus dan memberanikan diri untu keluar dan mewartakan sabda Yesus, bukan sahaja di seluruh Israel malah ke seluruh dunia. Maka, dengan itu gereja telah dilahirkan.
Tidak lama lagi kita akan meraikan Hari Minggu Pentekosta, di mana kita mengingati peristiwa Roh Kudus diturunkan ke atas setiap murid Yesus. Untuk membolehkan Roh Kudus bekerja di dalam kita, kita harus menyerahkan diri kita dengan penuh kerendahan hati kita untuk diurapi kuasa Roh Kudus...

Apr 12, 2009

Student Mass - Semua dijemput hadir!



Jom datang ramai2... :)

Apr 1, 2009

EXCO & BIRO CSG-UMS SESI 2009/2010

Presiden
Sixtus Pitah Amit

Timbalan Presiden 1
Geraldine Maurice

Timbalan Presiden 2
Rayner David

Setiausaha
Chriscilla

Timbalan Setiausaha
Jaclyn Ibi

Bendahari
Jay Saimon

Juruaudit
Elvianna Phillip

Biro Kerohanian
Jayronna Johnny (K)
Caroline

Biro Perhubungan & Publisiti
Nalsia (K)
Lydia John

Biro Muzik
Mark (K)
Andrew

Biro Dokumentasi & Kewartawanan
Danison Manium (K)
Gary Binjumin
Charles Prido

Biro Logistik & Peralatan
Freddy Sindin (K)
Grace Thomas

Biro Pengangkutan
Shim Voon Long (K)
Sapphire

Biro Santapan
Victoria (K)
Philominah Karen Phillip

Biro Sukan & Rekreasi
Isabella (K)
Glorie Kiki Apat

Biro Sumber
Stanley J. Deirih (K)
Welzan Saimon

Biro Penerbitan
Alice (K)
Velnie

Biro Kebajikan & Tugas-Tugas Khas (NEW)
Cyril Jestinus Taip (K)
Precinia Patrick

Biro Keluarga Kristian Dasar (KKD)
Sheerah Yangus(K)
Esther

Mar 11, 2009

HSK - Hari Seribu Kenangan 2009

Feb 24, 2009

Mini Konsert Rohani, Belia St.Simon/UMS!

21 Feb 2009..Pulau Penampang..

Petang sebelum Konsert Mini tu... Sing Along, Ice Breaking n Games..




Belon2 "I love U" for Jesus!



Tengok lah betapa gembiranya diorang! Haha..



Then, finally, jam7 malam.. Konsert pun start!


Menari2 lagi... Lagu Mamarayou kan..


Pose2 b4 balik UMS...


Yeah... Berjaya juga konsert mini ni.. Syok jg..


Other pics, check HERE!

Comments:
1. Mungkin mo kc ramai lagi peserta/orang baru meriah..
2. Harus ada penyanyi yg berbeza 'lead' setiap lagu..kan2..
3. Penat bejalan dari UMS pi sana, ikut jalan x sah lagi tu...haha
4. Tapi memang syok lah..

Untuk sebarang maklumat tntng program2 CSG, hubungi Hotline CSG!

Feb 19, 2009

Kebebasan Beragama di Malaysia melalui Perlembagaan Malaysia.

Cuba anda nilai post blog sebelum post ini. Berkaitan dengan Sharing dari Saudari Geraldine..Cuba kaitkan... dan sila lah beri pandangan.....

Perkara 8 dalam Perlembagaan Malaysia


1) Semua Orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi-undang-undang.

2) Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang .....( rajinkan la diri membaca Perlembagaan Malaysia)


Perkara 10 dalam Perlembagaan Malaysia.
Kebebasan bercakap , berhimpun dan berpersatuan.
1)a) Tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara
b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata.
c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.

(yang lain baca sendiri)

Perkara 11 dalam Perlembagaan Malaysia
1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakhluk kepada fasal(4) mengembangkannya.
2) Tiada seorangpun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri.
3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak
a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri
b) menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau
khairat; dan
c) memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut
undang-undang.
4) Undang-undang negeri berkenaan dengan wilayah -wilayah persekutuan Kuala Lumpur , Labuan dan Putrajaya , undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam , kesihatan awam atau prinsip moral.

Renungkan dan pikirkanlah....

Feb 18, 2009

Cabaran Sebagai Umat Katolik- kisah Benar by Geraldine Mijis- Student UMS

Baru-baru ini, difahamkan, suatu kejadian telah berlaku terhadap CSGUMS, dan blog ini tidak ketinggalan untuk mengetahui hal tersebut. So sempat la menanyakan salah seorang CSG Student of UMS pasal ne perkara samada betul ka tida...so ni la sharing dia...kita sama-sama baca k:-

"actually, kmi bukan buat gathering ba tu. cuma perjumpaan doa yg besa2 mcm novena b4 pg rhbdr ari tu. kmi buat perjumpaan doa pun atas cadangan sr judith. so kmi plan la mo buat pd pagi hari khamis (12 feb), jm6 di complex (atas ruang legar yg dkat toilet). 15 org ja kmi tym tu. sepa2 yg terbabit...biar la rahsia. hehe.
kmi stat jam6 lebih sda la bb mo tggu durng koloi n da geng smpai lg, pastu sementara sa buat persiapan bca bible, yang lain2 praktis lagu; bersama malaikat d syurga, kurasakan kasihMu & sbab Kau layak. mmg terang sda la tym tu. ble dingar da org dtg mo p bjoging. tp kmi teruskan jg sbb b4 p retret yg tym novena kmi pnah da pray smpai jm7 pagi. so, sda suma ready, kmi mula la dgn lagu bersama malaikat d syurga and ku rasakan kasihMu. baru kami mau nyanyi yg rangkap...Curahkanlah... trus kedengaran bong,bong, bong...ada orang belari naik tangga. skali sa buka mata, ada sda satu urang llaki pkai kopiah bdiri dpan kmi. dia tnya la terus. 'ini aktiviti apa ni? kokurikulum ka apa? klu bukan kurikulum jgn buat d sini. ni tmpat dijadikan surau ni. nnti menggangu org yg mau sembahyang. klu mau buat aktiviti keagamaan, sila buat d gereja atau d tepikung2. klu student, buat mcm student. di ums ni islam ja yg dibenarkan buat aktiviti mcm ni. so sa minta kmu, pls dismiss now!' trus dia trun.
sedih kan. suma kmi berhenti nyanyi dan terdiam beberapa saat. kmi pun tida berani mo teruskan bb tida mau melibatkan suma plajar kristian yg lain. so kmi tutup perjumpaan doa kami dgn kemuliaan n balik. sekian sj sharing dr sa. mmg klu dingar, sakit hati n sedih. apalagi bg kmi yg berada d tempat kejadian. dr 1st year smpi skg, nilah 1st tym kna halau. tp kita ambi ikhtibar sj. sr blg mmg dr dlu lg sejarah gereja, kristian ditindas. yg penting, kta teruskan dgn iman kita & saling support ntara 1 sma lain. Trust in Jesus... "

Geraldine,
CSGUMS

apakah pandangan kita sebagai umat Kristian dan Katolik khasnya?wajarkah kita diperlakukan begini?

Feb 12, 2009

Api Penyucian(Purgatory)


Apakah anda percaya kepada Doktrin Api Penyucian? Ada orang berkata bahawa pengajaran mengenai perkara ini tidak terdapat didalam Alkitab?

Cuba lihat Injil Matius 12:32 : Apabila seorang mengucapkan sesuatu menentang Anak Manusia(Yesus Kristus), ia akan diampuni, tetapi jika ia menentang Roh Kudus, ia tidak akan diampuni, di dunia ini tidak, dan di dunia yang akan datang pun tidak. Ayat ini menyatakan bahwa ada beberapa jenis dosa yang dapat diampuni di dunia yang akan datang. Jika seseorang meninggal dan pergi ke neraka, sedikit pun dosa mereka tidak akan diampuni. Tidak ada dosa yang dapat dihapuskan di surga, karena tidak ada yang tidak suci yang dapat masuk. Jestru itu, satu-satunya penjelasan secara logik dan manasabah ialah ADANYA tempat ketiga dimana dosa masih dapat diampuni. Gereja Katholik menamakan tempat ini Api Penyucian (purgatory).
Yaa...begitulah betapa besarnya kasih Tuhan Allah, Dia masih memberi peluang yang terakhir kepada para manusia yang belum cukup suci supaya mereka juga ada peluang untuk masuk ke dalam Surga. Meskipun sudah meninggalkan dunia, tetapi masih diberi kesempatan untuk bertobat dan menjadi insan yang suci agar dapat hidup didalam Kerajaan-Nya! Ini jelas, memberi kita pengajaran bahawa Tuhan Allah memang Maha Pengasih dan Maha Pengampun! Amin.

Source: Pak Janggut

Feb 5, 2009

Retret Hidup Baru Dalam Roh 2009- Laporan Bergambar




















Tempat: Pace Bene Purak Papar

Please Follow Us :)

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international voip calls