Dec 20, 2008

Jangan Pernah Berhenti Mencintainya..

Jangan pernah berhenti mencintainya, Sebab dia amat mengasihi kita, Sepatutnya kita dah tahu tu sejak dari dulu, Sehingga kita tak tersesat, dan Sentiasa bertahan demi cinta-Nya.
(Ambil lirik lagu Lion Of Judah...Hehe)

Apa2pun, sahabat2 CSG-UMS khasnya dan semua belia2 katolik amnya, JANGAN PERNAH BERHENTI MENCINTAINYA... Mengapa kita harus terfikir untuk meninggalkan Dia?

Dia yang sentiasa bersama kita, Menjaga kita, Melindungi kita dan sentiasa menolong kita dalam segala hal. Dia sungguh baik, Dia Sahabat kita.. Dia adalah yang Termulia, Teragung..

Mengapa dan Kenapa? Anda tentu pernah mendengar, melihat sahabat2 kita meninggalkan Dia, meninggalkan Tuhan kita.. Mereka menjadi ‘anak domba yang hilang’. Mereka memeluk agama lain...

Kita rasa sedih kan.. Tapi, Yesus lagi sedih... TAPI, Yesus tidak akan pernah membiarkan mereka, Dia pasti akan mencari ‘anak-anak domba yang hilang’ itu semula. So, kita juga harus sentiasa berdoa kepada Tuhan agar, mereka akan menemui jalan ‘pulang’.

Terdapat pelbagai cabaran yang perlu kita hadapi pada masa kini. Diskriminasi, Ketidakadilan dan macam2 lagi orang2 lain lakukan kepada agama kita. Kita sentiasa mempunyai cabaran dan halangan untuk mengasihi dan dikasihi.

Lihat saja di dalam Internet, terdapat pelbagai bahan2 yang menyesatkan, dan menghalang kita dari terus mencintai Yesus.

Mungkin ada diantara kamu yang belum pernah membaca artikel PALSU. Dalam majalah wanita Islam 'Muslimah', Februari 1999, terdapat satu cerita yang menarik berjudul: 'Iktibar Buat Mereka yang murtad!' (mukasurat 19-25).

Dan cerita ini juga ada tersebar meluas di Internet. Jika anda belum pernah membaca, sila baca ini, BEKAS ‘PADERI’ BESAR SABAH MEMELUK AGAMA ISLAM.

Dan ternyata, isi2 dalam artikel ini amat MENYESATKAN dan MEMPERDAYAKAN. En. TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH telah mencipta karangan penipuannya dengan sugguh baik sekali sehingga mampu MENIPU umat-umatnya dan juga umat2 kristian yang mudah terpedaya.

Wahai, sahabat2 katolik, sentiasalah berdoa agar, kita sentiasa diberkati oleh Tuhan Yesus Kristus.
Amen.

0 comments:

Please Follow Us :)

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international voip calls