Nov 17, 2008

Ada Hati Untuk Melayani...

“Ada hati untuk melayani”, begitulah tercetusnya pelayanan kampus Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada awal penubuhannya. Penubuhan pelayanan kampus ini terhasil daripada sekumpulan kecil yang mana misi utama mereka ingin menyatukan pelajar-pelajar Katolik di dalam kampus. Ia bermula pada tahun 1997, di mana pelayanan ini terletak di bawah pimpinan saudara Maxillian S. Takong.

Pada tahun 1999, persatuan ini telah berkembang dan terbentuknya Catholic Student Society (CSS) di mana persatuan ini telah membentuk visi dan misi pelayanan kampus di UMS. 6 tahun kemudian, pada tahun 2005 nama persatuan CSS telah ditukarkan kepada Catholic Student Group (CSG) untuk menyelaraskan nama bersama dengan seluruh warga kampus yang ada di negeri Sabah.
Hasil usaha yang berterusan dan berkembang, pada tahun yang sama, CSG-UMS menggunakan label “True Generation” di mana komuniti pelayanan di dalam UMS ingin menghasilkan sebuah komuniti yang aktif dalam gabungan bakat dan kemahiran masing-masing dan berani untuk membuat perubahan (Dare to be different) dalam mewartakan kebenaran Tuhan berlandaskan iman katolik yang sedia ada. Perkembangan ini akan menggalakkan pelayanan Tuhan di dalam kampus pengetahuan akademik mereka untuk dipraktikkan dalam pelayanan “True Generation” dan seterusnya perkayakan keimanan masing-masing.

Pada AGM (Annual General Meeting) CSG-UMS pada tahun 2010, atas persetujuan semua ahli serta Campus Ministry Office Keuskupan Agung Kota
Kinabalu, nama CSG-Universiti Malaysia Sabah telah ditukarkan kepada Catholic Student Group - "Untuk Melayani Sesama". Sehingga hari ini, ramai belia Katolik dari Kampus Induk KK, Kampus KAL Labuan & Kampus SPL Sandakan bergiat aktif di dalam perkumpulan ini, di mana keperluan untuk hidup dan berkembang dalam iman secara berkomuniti amatlah penting dalam pelayanan sebagai seorang pelajar Katolik.

0 comments:

Please Follow Us :)

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international voip calls