Oct 11, 2008

Hari Warga Kampus 12




Hari Warga Kampus ke-12 (HWK-12) merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Sabah Catholic Student Council (SCSC) dengan kerjasama Campus Ministry Office (CMO). Aktiviti seumpama ini telah berjalan sejak tahun 1997 lagi dan kini memasuki tahun ke-12 penganjurannya. Program ini telah mengumpulkan 14 kampus dari seluruh sabah seperti Universiti Malaysia Sabah (UMS),Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL), Universiti Tunku Abdul Razak (UNITAR), Akademi MAhir (AKMA), Politeknik Kota Kinabalu (PKK), Institut Perguruan Gaya (IPGaya), Institut Perguruan Kent (IPKent), Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP), Kolej Yayasan Sabah (KYS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cosmopoint (COSMO), Masterskill dan turut disertai oleh kampus dari Diosis Keningau iaitu Institut Perguruan Keningau (IPKeningau).

Hari Warga Kampus kali ini telah dijalankan pada 27-28 September 2008 di Pace Bene,FSIC Center, Purak, Papar dan telah berjaya menggumpulkan 400 Peserta dari seluruh kampus. Penyertaan terbanyak adalah dari UMS iaitu seramai 130 orang peserta. Pengarah program selaku presiden SCSC, pada kali ini adalah Saudara Lordkennylister P James dan dibantu oleh CMO iaitu Sr. Terry Loukang, Sr. Dora Obod, Sr. Maria Magdalena Kapong, Sr. Alice Lopez serta Semua AJK telah membuahkan hasil yang baik dimana secara keseluruhan, semua program berjaya dilaksanakan.

Pasa hari pertama acara dimulai dengan Opening Ceremony yang diketuai oleh CSG-UMS, Program Katekisis "Pemikiran Belia Masa Kini" Oleh St. Terry dan Saudari Cassie dan “Kamu akan menerima kuasa kalau Roh Kudus turun ke atas kamu, dan kamu akan menjadi saksi-saksiKu” oleh Saudara Dominic Lim, telah membuka mata semua peserta untuk menyedari dan mengalami kasih Kristus. Program Realiti Games yang merupakan "Outdoor activity" telah mencabar peserta dari segi fizikal dan mental kerana aktiviti ini boleh dikategorikan sebagai aktiviti yang lasak, hujan tidak menghalang peserta untuk meneruskan aktiviti ini, sebanyak tiga halangan yang harus di tempuhi oleh semua peserta iaitu "'A' Frame", "Fish Net" dan "Electric Pool" dan dibantu oleh pihak Teenager Action Team (TACT), Tuaran. Makan Malam Agapey (Makan Malam Cintakasih) telah memberikan peluang kepada peserta untuk mendekati semua ahli kumpulan untuk berkenalan melalui sesi makan malam. Program Malam Bakat HWK-12 yang di selengara oleh Saudara Sixtus Pitah Amit telah menyajikan persembahan yang menarik dari setiap kampus, persembahan Nyanyian, Drama, Puisi dan Tarian memeriahakan lagi suasana majlis.

Aktiviti Hari Kedua dimulai dengan Doa Pagi yang dipimpin oleh CSG-PKK. Program debat yang membawa tajuk "Globalisai Merencat Pertumbuhan Iman Pelajar Katolik" telah menjadikan dewan Pace Bene menjadi hangat, Pihak pencadang dari CSG-PKK dan pihak pembangkang dari CSG-UMS serta Moderator Majlis Saudari Mariani Godwin dan dua orang penjaga masa telah memberikan kesan yang besar kepada semua peserta. Sesudah Debat, Perkongsian telah diberikan oleh Saudara Wilfred James bagi peserta mendalami lagi maksud debat yang telah dijalankan. Archbishop John Lee telah meluangkan masa untuk menjalankan perayaan ekaristi, semua peserta amat bebesar hati dengan kesempatan untuk lebih mendekati Archbishop di HWK-12 ini. Untuk pengetahuan semua, Archbishop John Lee telah menghadiri kesemua Hari Harga Kampus yang telah dijalankan. Di dalam Homilnya, Archbishop telah menegur semua peserta untuk lebih saksi-saksi Kristus dan juga berharap agar belia tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir negatif yang boleh merosakkan diri mereka sendiri. Acara di akhiri dengan Closing Ceremony yang di ketuai pleh CSG-IPGaya.

HWK-12 pada kali ini telah benar-benar membuka mata semua perserta untuk menjadi saksi kristus dan diharap agar semua peserta dapat mengonsikan kasih Kristus kepada semua rakan-rakan mereka dan dapat meneruskan aktiviti seumpama ini di tahun yang akan datang.

Berita Dalam Gambar



naaaa..ni la gambar yg c lord kasi jadi gambar dulu-dulu..mama and bapa dia pun ada...

antara peserta CSGUMS yang Rock dan berperanaan tinggi

ow wow...

persembahan CSGUMS yg melatup beb....huhu





ni time debat..UMS diwakili oleh Sixtus, Audrey and Nicholas..PKK..ala nda tau nama dia

reality games yang menarik...huhu...


Sama Arch Bishop John Lee



Potong Kek!!!!

0 comments:

Please Follow Us :)

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international voip calls